VIRUS INFECTED!

May 4, 2007 at 10:33 am | Posted in VIRUS INFECTED! | Leave a comment
 
 
Apa perlu buat jika PC dah kena Virus?
Bila PC dah kena Virus, biasanya PC jadik lembab. Sebab Virus tuh running sekali dalam Windows. Ok, apa perlu buat? Disconnect dari Internet (Modem atau Router)
Unplugged Network Cable (bagi yg menggunakan Networking)
Turn Off System Restore (My Computer, Properties, System Restore)Macamana nak tahu kalau PC tuh dah kena Virus?
Try klik Run, taip Regedit. Boleh?
Try bukak Task Manager (Ctrl + Alt + Delete). Boleh?
Try bukak Folder Option. Ada?

Perkara pertama yg perlu kita lakukan ialah kita kena Hijack dulu supaya function Regedit boleh guna. Guna HijackThis, ader? download kat sini dulu kalau takde >>> HIJACKTHIS 1.99

Run HijackThis, klik “Do a system scan only”. Perhati dan cari perkataan DisableRegedit, tick dan Fix Checked. Restart PC. Bila Regedit dah Enable baru boleh settle masalah Task Manager & Folder Option.

Untuk Enable kan Task Manager, klik RUN dan taip Regedit. Tekan F3 (Find) taip Disabletaskmgr, enter. Bila dah jumpa, sila double click perkataan tuh, tukar 1 kepada 0.

Habis tuh kalau RUN pulak yg hilang? Download file nih >>> NO RUN. Klik registry file tuh, klik Yes pas tuh Ok. Restart sekali pas tuh RUN akan ada semula. Hehehe..

Untuk Enable kan Folder Option pulak sila download file nih >>> ENABLE FOLDER OPTION. Klik registry file tuh, klik Yes pas tuh Ok.

——————————————————————————————-

Cara paling mudah untuk Clean Virus!
Keluarkan Hardisk PC atau Notebook tuh, scan kan pada PC lain yang Antivirus nya Updated! Kenapa perlu scan kat PC lain pulak? Sebab biasanya PC yg dah kena Virus, PC tuh jadik lembab, payah untuk scan Virus dalam keadaan PC mcm tuh. Nih kira jalan Shortcut laaa…

Ataupun satu lagi cara ialah guna CD. Scan pc tuh sebelum dia masuk Windows. Boleh guna CD Hiren’s, MiniPE, Ultimate Boot CD atau yang sewaktu dengannya. Kena setting kat Bios First Boot mesti CD-ROM.
Bila dah abis scan semua tuh, try boot balik PC tuh biar sampai masuk Windows. Install balik Antivirus dan terus Update, pas tuh scan semula hingga abis. Maknanya memula tuh scan guna PC lain atau guna CD, pas tuh kena scan sekali lagik waktu dalam Windows plak. 2 kali scan.

Selepas clean Virus tak boleh Install Antivirus?
Kenapa ek? Pertama, mungkin Registry kena Block (Disable Regedit), sebab setiap installation mesti masuk kat Registry, bila Registry dah kena Block camner nak teruskan Installation tuh? So, sila guna Hijack untuk masalah nih. Kedua, mungkin VB dia rosak atau corrupted, camner nak buat? senang jek, download >>> VB RUNTIME dan install.

Selepas clean Virus tak boleh masuk Internet?
Jika perkara ini berlaku, sila download >>> WINSOCKFIX dan setup. Software nih akan betulkan balik semua Network Connection. Semua setting akan kembali kpd Default Setting selepas Restart. Bagi yang pakai No IP untuk Streamyx, sila masukkan balik No IP. Dan bagi yang guna DHCP tak perlu ubah apa².

Antivirus apa yang sesuai nak pakai ek?
Bab Antivirus nih memang banyak Khilaf. Lain org lain pendapat. Tapi pada saya dah cukup guna NOD32. Sesuai utk semua jenis PC dan Windows. PC yang lemau² pun boleh guna. Norton? BitDefender? Kaspersky? McAfee? Berat laaa semua. Tak semua PC sesuai maaa….

——————————————————————————————-

Kenapa SyokPC.com syorkan guna NOD32?
Pertama dia ringan, Kedua dia boleh Update Cara Manual (boleh amek Update dari PC lain yg ada Connection Internet, sesuai utk PC rumah yg takde Internet) dan Ketiga, ader crack License untuk 1 tahun. Nak ker? Kalau nak boleh download kat sini >>> NOD32 2.7 Antivirus

Antivirus apa lagi yang ringan dan ok?
Boleh jugak guna AVG, Avira AntiVir, Panda, Avast, Sophos, Dr.Web dan eTrust. Biasanya diorang bagi 3 bulan, pandai²lah cari crack yek.

Biasanya camner awak buat untuk Clean Virus nih?
Saya akan cabut Hardisk dan scan pada PC lain yang gunakan Avira atau Kaspersky atau BitDefender. Habis scan letak balik semula Hardisk ke PC asal. Kalau tak boleh masuk Windows saya akan Reinstall Windows. Kalau boleh masuk Windows, saya akan guna HijackThis untuk clearkan mana² function yang ter Disable.
Uninstall Antivirus asal dan Install NOD32 siap Update. Scan sekali lagi hingga selesai. Tapi sebelum scan pastikan System Restore kita Turn Off dulu. Lepas selesai scan, restart sekali. Guna pulak CCleaner untuk clear maner² Useless punya Registry dan Temporary Files. Buang maner² Start-Up yang tak diperlukan. That’s all.. Gitu jek.. Senang kan?

Ada apa² tips tak untuk kurangkan risiko Virus nih?
Ada. Sentiasa Update Antivirus, kurangkan download, jangan main sembarang jek download software², jangan masuk website lucah (porno), scan Pen Drive atau External Hardisk sebelum guna.
Sekian. Wallahu A’lam…

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: