Java Threads – ebook

September 3, 2007 at 3:32 am | Posted in Java Threads - ebook | Leave a comment

http://www.mydatabus.com/public/fisrii_FiLes/javathread.pdf

Rahsia Khasiat Budu Terbongkar

May 8, 2007 at 3:39 am | Posted in Rahsia Khasiat Budu Terbongkar | Leave a comment

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Budu

Budu

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Fadhilat Solat terawikh

May 4, 2007 at 12:01 pm | Posted in Fadhilat Solat terawikh | Leave a comment

Fadhilat solat terawikh diriwayatkan oleh saiyidina Ali

(r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari

pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat

(kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan

ramadhan:

malam 1:
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama

sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari

Allah.

malam 2:
diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh

serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

malam 3:
berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan

solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan

dosa engkau.’

malam 4:
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang

yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al

Quran.

malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang

bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan

masjid aqsa.

malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-

malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat

sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah

mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang

mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

malam 7:
seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta

menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya

fir’aun dan hamman.

malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh

sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah

Ibrahim “Alaihissalam.

malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat

hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

malam 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan

didunia dan di akhirat.

malam 11:
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa

seperti ia baru dilahirkan.

malam 12:
datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya

(cahaya ibadatnya).

malam 13:
datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada

tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

malam 14:
datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh,

serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
malam 15:
semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat

dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas

daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada

malam ini sebanyak pahala para nabi.

malam 18:
seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah

redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup

atau mati).

malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam

syurga firdaus.

malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati

syahid dan orang-orang solihin.

malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

malam 22:
datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap

dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara

di padang mahsyar).

malam 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar

didlam syurga daripada nur.

malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang

berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam

sujud).

malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

malam 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada

malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

malam 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini

ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti

kilat menyambar

malam 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat

diakhirat

malam 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000

kali haji yang mabrur.

malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang

berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa

sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala

jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan

didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga

yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada

telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang

bernama ‘al-Kauthar’”

-ihsan dari hamba Allah-

Bersama-samalah kita meramaikan dan mengerjakan solat

terawikh dengan mengharapkan balasanNya di akhirat

kelak, Insya-Allah.

cara terbaru menyebar kuman HIV

May 4, 2007 at 12:00 pm | Posted in cara terbaru menyebar kuman HIV | Leave a comment

Berikut adalah artikel yang perlu
diambil perhatian sekiranya anda belum
membacanya… Sila baca artikel
berikut mengenai orang yang HIV
positif seronok menyebarkan virus HIV.
Ianya pernah ke udara di dalam
Televisyen Thai di mana pesakit HIV
ditangkap didakwa, tapi apa gunanya,
beliau telah merosakkan ramai orang
awam yang tak berdosa. Jadi sila
berhati-hati… Beberapa tempat
berbahaya dan kebarangkalian menemui
jarum penyuntik yang telah digunakan
penagih :-
> >
> >
> > 1. Di kawasan pantai. Apabila anda
berjalan di pantai sila pakai selipar
atau kasut, ada penagih dadah yang
melakukan aktiviti di tepi pantai
danmenimbus jarum penyuntik di dalam
pasir. Penyuntik ini kemudiannya
terdedah akibat ombak.
> >
> > 2. Di kawasan permainan kanak-
kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.Terdapat kes di Australia di
mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila
beliau turun daripada papan lunsur
kemudiannya didapati HIV positif.
> >
> > 3. Di panggung wayang. Sila
pastikan kerusi yg anda duduki. Kes
yang terjadi apabila seorang perempuan
duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri
dan mendapati ada penyuntik dan nota
berbunyi “Welcome to the real world,
you are now HIV positive’. Doktor
telah memeriksa jarum tersebut
mengesahkan ianya terdapat virus HIV.
Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-
hati… .
> >
> > 4. Di Georgia. Florida , ada kes
menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat
mengembalikan syiling, mesin air
minuman… jadi pastikan bila anda
membeli air atau kandi, perhatikan
betul-betul tempat mengembalikan wang
syiling… .mungkin terdapat jarum
penyuntik di dalamnya.
> >
> > 5. Di restoran Burger King,
pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam
burger mencampurkan dengan mayonis dan
salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba
jangan pesan burger dengan mayonis sos
Order di tempat lain. Ini adalah nyawa
anda. Sila ‘foward’ maklumat ini
sebanyak mungkin kepada orang lain,
especially orang yang anda cintai,
anak anda dan sesiapa saja…
> >
> >
> >
> > Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
> >
> > Associate Professor Head Dept. of
Chemical Pathology
> >
> > School of Medical Sciences
> >
> > USM, Kubang Kerian, Kelantan ,
MALAYSIA .
> >
wallahualam

Can u read this

May 4, 2007 at 11:58 am | Posted in Can u read this | Leave a comment

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht

I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid,

aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it

dseno’t mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are,

the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat

ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl

mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs

is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by

istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I

awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed

tihs forwrad it

Amalan Minum Air Panas

May 4, 2007 at 11:56 am | Posted in Amalan Minum Air Panas | Leave a comment

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan,

tetapi berhubung
SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik…, mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang

China dan
Jepun
mengamalkan minum teh panas sewaktu makan… dan

bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita

meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa… malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai

untuk anda
baca.
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminya

yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman

kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan

menyempitkan
banyak
saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak

berkumpul dan
kita
semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai

PENYAKIT.

Jalan terbaik…adalah untuk minum sup panas atau air

PANAS/suam
selepas
makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan

jantung akan
mula
terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit

pada bahagian
atas
dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah

60% penghidap
SAKIT
JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

2 minit

May 4, 2007 at 11:53 am | Posted in 2 minit | Leave a comment

“Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….

kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi

mengeja..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…

Bayangkan benda ini berlaku pada anda …..
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri

oleh lebih kurang 1,000 jemaah…
tiba-tiba masuk dua orang lelaki Yang menutupi seluruh

tubuhnya dengan pakaian serba hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun

… lalu salah seorang lelaki tu bertempik
“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di

tempat kamu”, Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu

untuk menyelamatkan diri …. daripada jumlah yang 1,000
tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang

masih berdiri di tempat masing-masing termasuk
Pak Iman tu…

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya

lalu melihat ke arah
Pak Imam sambil berkata: “Ok Pak Iman, saya dah halau

SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Imam mulakan sembahyang Jumaat”…. Lalu kedua lelaki

tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah….

Macammana?? .. adakah anda rasa lawak dengan cerita di

atas. selain terhibur anda fikirlahlah…” Lawak kan,
dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yang betul

-betul beriman… “

” Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan

ALLAH bila menghadapi bahaya …
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun

nak bunuh .. tapi generasi sekarang ..
amat lemah .. baru kena ugut terus lari lintang pukang..

lupa yang dia tak sembahyang Jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu

pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat orang kampung.. ada tu lagi dashyat

setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang

di tulis oleh surat khabar daripada apa yang
tercatit dsalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yang percaya dunia hanya

sementara, akhirat adalah tempat yang kekal,
tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak kita boleh bersembang dengan boyfriend atau

girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh

alahai..
tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh

post banyak thread atau email yang berunsur lawak
jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak

berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama

Lawak kan??? Kenapa gelak² .. tu kan realiti .. tapi yg

paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca
benda ni akan sampaikan kat orang lain … berapa orang

yang akan buka thread ni untuk luangkan masa
membaca? berapa banyak????

Wallahualam..

TIPS & TRICK

May 4, 2007 at 10:37 am | Posted in TIPS & TRICK | Leave a comment

CLEAN VIRUS KAT PENDRIVE

Haaa.. skill nak clear semua RavMonE nih senang jek sebenarnya. Okay first, scan perabih dulu Pen Drive tuh kat PC lain yang Antivirusnya di update! Bila dah selesai scan guna Antivirus, kita kena delete some file yg ditinggalkan RavMonE secara manual. Second, pegi kat Folder Option, View, tick pada Show Hidden Files and Folders dan buang tick kat Hide Protected Operating System File.

Third, Browse Pen Drive tuh balik, tengok apa Hidden File yang biasa ditinggalkan RavMonE? Biasanya buang file Autorun.inf, msvcr71.dll, RavMonE.log, sy.exe dan ms.config, delete semua file tuh. Selesai semua, cabut Pen Drive masukkan balik dan try klik kat My Computer.. it’s done!

Tips: Elakkan guna Autoplay bila kita nak bukak Pen Drive, sebaik baiknya open Pen Drive secara manual (melalui My Computer). Bila kita bukak melalui Autoplay, RavMonE akan direct masuk dalam PC kita tanpa segan silu, sebab tu coding RavMonE ada Autorun.inf. Selamat mencuba!

LAJU DAN RINGANKAN WINDOWS XP

Ok nih satu skill basic utk ringankan sket Windows XP, bila dah ringan so boleh lah laju sket kan? Klik kanan My Computer >> Properties >> Advanced >> Performance >> Setting >> Buang Semua Tick >> Tinggalkan dua tick dari bawah (Use Drop Shadows & Use Visual Styles).

Yang kedua, My Computer >> Properties >> System Restore >> tick pada Turn Off System Restore. Dan yang ketiga My Computer >> Properties >> Automatic Updates >> Turn Off. Kenapa pulak kena Turn Off? Hehehe… kebanyakkan 90% PC kita memang guna Windows Pirates (cetak rompak) hanya 10% jek yang guna original Windows (OEM). Bagi yang guna Windows Ori, silakan Turn On Automatic Updates. Bagi yg guna Pirates jgn nak perasan nak Update direct through Microsoft. Sebab tuh sket hari dulu byk PC dan Notebook yang kena Windows Genuine Advantage (WGA). Hahaha… Padan muka!

SPYWARE INFECTED!

May 4, 2007 at 10:35 am | Posted in SPYWARE INFECTED! | Leave a comment

APA ITU SPYWARE?
Spyware atau nama lainnya Adware atau Malware adalah adik beradik Virus jugak (maybe sepupu dia). Spyware nih mula kelihatan pada pertengahan tahun 2004 sekitar bulan 6. Dulu Spyware adalah Spyware bukan Virus tapi sekarang dah ada Spyware + Virus sekali (2 in 1). Spyware dikategorikan sebagai Back Running Program. Dia berjalan di belakang Windows. Sebab tuh bila PC dah terkena Spyware, PC akan jadi lembab, berat semacam jek. Tambah² lagi bila terkena jenis Spyware yg berVirus. On jek PC nak tunggu sampai boleh masuk Windows, sempat makan Nasi Lemak 2 bungkus dulu. Punyalah lambat…

Spyware bersifat Berani, berbeza dengan Virus yang bersifat Pemalu. Spyware lebih menonjol sedangkan Virus lebih suka bersembunyi dan tersembunyi (hidden). Virus tak suka org nampak dia, tapi Spyware berasa megah menunjukkan dirinya bahawa Aku lah Spyware! Hehehe…

Dari mana datangnya Spyware?
Spyware datang dari Internet. Belum pernah dengar lagi Spyware merebak ikut Pen Drive ke atau Ext Hardisk. Dia datang bermacam cara, ada melalui Pop-Up, ada dari sesetengah website dan ada juga dari sesetengah Software. Pendek kata biasanya kita ada ter Download something dari Internet mcm ScreenSaver ker atau Anti-Spyware palsu atau fake.

Macamana nak tahu PC tuh dah terkena Spyware?
Senang jek, biasanya Spyware akan Control Desktop kita. Dia akan ubah Wallpaper asal kpd Wallpaper dia dan dia akan Disable kan function Display Properties kita. So, dia akan sentiasa kelihatan depan PC kita dan kita hanya tgk jek lah sebab tak boleh ubah apa² selagi kita tak Clean Spyware tuh.

Selain dia kacau Desktop, apa lagi benda yg dia suka kacau?
Selain Desktop, benda yang paling dia minat ialah Internet Explorer (IE). Bila kita klik Internet Explorer dia akan bawak kita ke website yg entah apa² ntah. Ataupun bila klik IE dia keluar berjuta² lagi IE sedangkan kita hanya klik sekali sahaja. Dia akan keluar byk IE, berterusan tanpa henti dan kita jenuh nak close, akhirnya PC hang.
So, apa perlu kita buat? Kita kena scan and clean Spyware nih dgn menggunakan Anti-Spyware atau disebut juga Spyware Remover.

Mana nak dapat Anti-Spyware nih?
Download sendiri laaa… Ada bermacam² jenis Anti-Spyware tapi antara yang biasa digunakan dan best ialah SpySweeper, AVG (dulu Ewido), SpyBot, Ad-Aware, Spyware Doctor dan mcm² lagi….

——————————————————————————————-

Macamana cara nak guna Anti-Spyware nih?
Cara dia cukup senang. Install, Update (WAJIB), Scan, dah abih scan Remove atau Delete Spyware yg detect pas tuh sila Uninstall. Apsal nak Uninstall plak? Anti-Spyware gunanya ketika PC terkena Spyware jek. Tak perlu stay dalam Windows, lain dengan Antivirus (wajib stay dalam Windows). Lepas scan abis semua, uninstall jek lah.

Mungkin ada sesetengah org tak setuju dgn pendapat saya nih, tapi percayalah kalau dalam satu PC ada Antivirus + AntiSpyware, kelajuan PC akan terjejas. Antivirus ada Scan Realtime yg sentiasa Monitoring kalau² ada Virus, begitu jugak dgn AntiSpyware dia ada Scan Realtime jugak. Realtime punya Scanning nih byk guna Memory beb.. Bila banyak guna Memory, proses pun bertambah lah. Bila CPU Process banyak sgt, pc jadik bertambah laju ker? So, sebab tuh saya kata tak perlu stay Anti-Spyware dlm PC. Lain lah kalau PC kita betul² Powerful, no hal… go on!

Kalau dah Anti-Spyware tak boleh stay, ada alternatif lain?
Ada. Guna lah Spyware Blaster. Satu software akan kerjanya block mana² Spyware yg nak masuk. Nak? Kalau nak, download kat sini >>> SPYWARE BLASTER. Install, Update, klik kat Protection, Enable All Protection.

Kenapa kata WAJIB UPDATE Anti-Spyware nih?
Takde makna nya kalau kita scan Spyware dgn Anti-Spyware yang tak Updated! Sama jugak macam Antivirus. Mungkin kita ada simpan skit² koleksi Anti-Spyware yg kita dah download 3,4 bulan yg lepas, tapi baru hari nih PC kita kena Spyware. Kita pun install dan terus scan, tanpa update dulu. Tak detect pun Spyware? Huh! Tak bagus lah Anti-Spyware nih! Ok, dlm situasi cam nih siapa sebenarnya yg tak bagus? Hehehe…

Biasanya camner awak buat untuk Clean Spyware nih?
Mula² saya akan guna AVG Antispyware, install, update terus dan scan. Pas tuh saya akan guna SpySweeper pulak, install, update dan scan. Biasanya masalah Spyware akan beres bila dah scan guna 2 jenis Anti-Spyware nih. Tapi, kalau lepas scan guna 2 benda nih pun masih tak ok, saya akan scan untuk kali ketiga dengan SpyBot pulak. Result nya? Insya-allah ok!

Ada apa² tips tak utk kurangkan risiko terkena Spyware nih?
Ada. Kurangkan guna IE, guna alternatif lain cam Mozilla Firefox, Opera, Maxthon. Don’t follow the Pop-Up, kalau tgh baca suratkhabar just focus pada bacaan tuh, kalau keluar apa² advertising just cancel atau close. Kurangkan download. Hati² siapa yg guna LimeWire dan iMesh. Jangan masuk website lucah atau porno.
Sekian. Wallahu A’lam…..

VIRUS INFECTED!

May 4, 2007 at 10:33 am | Posted in VIRUS INFECTED! | Leave a comment
 
 
Apa perlu buat jika PC dah kena Virus?
Bila PC dah kena Virus, biasanya PC jadik lembab. Sebab Virus tuh running sekali dalam Windows. Ok, apa perlu buat? Disconnect dari Internet (Modem atau Router)
Unplugged Network Cable (bagi yg menggunakan Networking)
Turn Off System Restore (My Computer, Properties, System Restore)Macamana nak tahu kalau PC tuh dah kena Virus?
Try klik Run, taip Regedit. Boleh?
Try bukak Task Manager (Ctrl + Alt + Delete). Boleh?
Try bukak Folder Option. Ada?

Perkara pertama yg perlu kita lakukan ialah kita kena Hijack dulu supaya function Regedit boleh guna. Guna HijackThis, ader? download kat sini dulu kalau takde >>> HIJACKTHIS 1.99

Run HijackThis, klik “Do a system scan only”. Perhati dan cari perkataan DisableRegedit, tick dan Fix Checked. Restart PC. Bila Regedit dah Enable baru boleh settle masalah Task Manager & Folder Option.

Untuk Enable kan Task Manager, klik RUN dan taip Regedit. Tekan F3 (Find) taip Disabletaskmgr, enter. Bila dah jumpa, sila double click perkataan tuh, tukar 1 kepada 0.

Habis tuh kalau RUN pulak yg hilang? Download file nih >>> NO RUN. Klik registry file tuh, klik Yes pas tuh Ok. Restart sekali pas tuh RUN akan ada semula. Hehehe..

Untuk Enable kan Folder Option pulak sila download file nih >>> ENABLE FOLDER OPTION. Klik registry file tuh, klik Yes pas tuh Ok.

——————————————————————————————-

Cara paling mudah untuk Clean Virus!
Keluarkan Hardisk PC atau Notebook tuh, scan kan pada PC lain yang Antivirus nya Updated! Kenapa perlu scan kat PC lain pulak? Sebab biasanya PC yg dah kena Virus, PC tuh jadik lembab, payah untuk scan Virus dalam keadaan PC mcm tuh. Nih kira jalan Shortcut laaa…

Ataupun satu lagi cara ialah guna CD. Scan pc tuh sebelum dia masuk Windows. Boleh guna CD Hiren’s, MiniPE, Ultimate Boot CD atau yang sewaktu dengannya. Kena setting kat Bios First Boot mesti CD-ROM.
Bila dah abis scan semua tuh, try boot balik PC tuh biar sampai masuk Windows. Install balik Antivirus dan terus Update, pas tuh scan semula hingga abis. Maknanya memula tuh scan guna PC lain atau guna CD, pas tuh kena scan sekali lagik waktu dalam Windows plak. 2 kali scan.

Selepas clean Virus tak boleh Install Antivirus?
Kenapa ek? Pertama, mungkin Registry kena Block (Disable Regedit), sebab setiap installation mesti masuk kat Registry, bila Registry dah kena Block camner nak teruskan Installation tuh? So, sila guna Hijack untuk masalah nih. Kedua, mungkin VB dia rosak atau corrupted, camner nak buat? senang jek, download >>> VB RUNTIME dan install.

Selepas clean Virus tak boleh masuk Internet?
Jika perkara ini berlaku, sila download >>> WINSOCKFIX dan setup. Software nih akan betulkan balik semua Network Connection. Semua setting akan kembali kpd Default Setting selepas Restart. Bagi yang pakai No IP untuk Streamyx, sila masukkan balik No IP. Dan bagi yang guna DHCP tak perlu ubah apa².

Antivirus apa yang sesuai nak pakai ek?
Bab Antivirus nih memang banyak Khilaf. Lain org lain pendapat. Tapi pada saya dah cukup guna NOD32. Sesuai utk semua jenis PC dan Windows. PC yang lemau² pun boleh guna. Norton? BitDefender? Kaspersky? McAfee? Berat laaa semua. Tak semua PC sesuai maaa….

——————————————————————————————-

Kenapa SyokPC.com syorkan guna NOD32?
Pertama dia ringan, Kedua dia boleh Update Cara Manual (boleh amek Update dari PC lain yg ada Connection Internet, sesuai utk PC rumah yg takde Internet) dan Ketiga, ader crack License untuk 1 tahun. Nak ker? Kalau nak boleh download kat sini >>> NOD32 2.7 Antivirus

Antivirus apa lagi yang ringan dan ok?
Boleh jugak guna AVG, Avira AntiVir, Panda, Avast, Sophos, Dr.Web dan eTrust. Biasanya diorang bagi 3 bulan, pandai²lah cari crack yek.

Biasanya camner awak buat untuk Clean Virus nih?
Saya akan cabut Hardisk dan scan pada PC lain yang gunakan Avira atau Kaspersky atau BitDefender. Habis scan letak balik semula Hardisk ke PC asal. Kalau tak boleh masuk Windows saya akan Reinstall Windows. Kalau boleh masuk Windows, saya akan guna HijackThis untuk clearkan mana² function yang ter Disable.
Uninstall Antivirus asal dan Install NOD32 siap Update. Scan sekali lagi hingga selesai. Tapi sebelum scan pastikan System Restore kita Turn Off dulu. Lepas selesai scan, restart sekali. Guna pulak CCleaner untuk clear maner² Useless punya Registry dan Temporary Files. Buang maner² Start-Up yang tak diperlukan. That’s all.. Gitu jek.. Senang kan?

Ada apa² tips tak untuk kurangkan risiko Virus nih?
Ada. Sentiasa Update Antivirus, kurangkan download, jangan main sembarang jek download software², jangan masuk website lucah (porno), scan Pen Drive atau External Hardisk sebelum guna.
Sekian. Wallahu A’lam…

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.