Kita Cuba Yang Terbaik
March 3, 2007 at 1:24 pm | In Kita Cuba Yang Terbaik | Leave a CommentAku masih fikir
kita tidak serasi
banyak perbezaan antara kita
yang telah mencetuskan perselisihan lampau
namun kau masih bertegas
untuk mencuba sekali lagi
Mungkin itulah yang terbaik
memulakannya dari titik awal
berusaha mengenali hati budi kembali
dan cuba melangkah setapak ke depan
maju dan mara ke hadapan
bukan memandang ke belakang
mengungkit kesilapan silam
Kita cuba yang terbaik, teman
kerana aku berpegang pada kata-katamu
“Mungkin aku bukan yang terbaik untukmu
namun kucuba menjadi yang terbaik
jika bukan untuk kamu
sekurang-kurangnya aku melakukannya
untuk diriku sendiri
dan untuk Tuhan
memperbaiki kelemahan diri”
Jika kita berjaya mengharunginya
aku reda menerimamu kembali
namun jika kita kecundang
aku kan pasrah
dan berhenti berharap
antara kita mungkin tiada jodoh
kembalilah pada ketentuan Tuhan
kerana siapa kita mahu mempertikaikan?
Ayuh teman,
kita cuba yang terbaik
sekali lagi…..
Hasil tinta:
Dearhaniey
Labels: Anjung Puisi
No Comments Yet »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.